PERBINCANGAN LANJUT ANTARA PASAK DAN NCER

IPOH – 22 DISEMBER 2020, 2.30 Petang.

Satu perbincangan bagi membincangkan langkah-langkah mengurangkan pengangguran di negeri-negeri utara telah dijalankan antara pihak PASAK dan NCER. Pihak PASAK diketuai oleh Pengurus Projek, En Zul Iskandar, Puan Suat Meay, Cik Rosaslina dan Cik Kazashahirah manakala, pihak NCER diwakili oleh Encik Marwizan dan Encik Amir Sharifuddin.

Perbincangan dimulakan dengan perkongsian maklumat-maklumat terkini berkenaan dengan program-program yang dijalankan di NCER dan PASAK. Maklumat ini adalah penting bagi proses perancangan program yang sesuai dan memberi impak yang besar serta dapat meningkatkan taraf hidup terutamanya bagi mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Perjumpaan kali ini telah membuahkan pelbagai idea dan perancangan kolaborasi antara kedua-dua pihak. Diharapkan dengan adanya perbincangan seperti ini dapat membantu mereka yang akan terkesan.

Kazashahirah Zamri

Pelajar Industri PASAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*