PERBINCANGAN KURSUS SKIM PERALIHAN TENAGA KERJA FASA KEDUA BERSAMA KOLEJ TEKNOLOGI MIDAS

IPOH – 23 September 2020
Perbincangan kali ini adalah mengenai Kursus Skim Peralihan Tenaga Kerja Fasa Kedua yang dihadiri oleh pihak Kolej Teknologi MIDAS dan pihak PASAK yang akan dilaksanakan sekitar oktober nanti.
Penerangan ringkas telah diberikan kepada Kolej Teknologi MIDAS tentang gambaran perjalanan kursus yang akan dijalankan.
Program Peralihan Tenagakerja merupakan program di bawah Tranformasi Tenagakerja yang merupakan inisiatif di bawah kerajaan Negeri Perak. PASAK dan Perak Eclat TVET telah dilantik sebagai sekretariat Jawatankuasa TVET yang akan melaksanakan program dalam usaha membantu mereka yang terkesan dengan akibat wabak Covid-19.
Program Kursus Peralihan TenagaKerja ini merupakan program yang menyediakan kursus selama 1 bulan kepada peserta.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat membantu pekerja-pekerja yang terkesan akibat wabak Covid-19 serta memberi ruang dan peluang kepada pencari pekerja dalam meningkatkan ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*