PERBINCANGAN KOLABORASI ANTARA PUSAT ASPIRASI ANAK PERAK (PASAK) DAN NORTHERN CORRIDOR ECONOMIC REGION (NCER)

IPOH – 5 OGOS 2020, 10.30 PAGI

Satu mesyuarat telah diadakan antara Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Northern Corridor Economic Region (NCER) di pejabat baru PASAK. Pertemuan ini telah dihadiri oleh dua orang pegawai yang mewakili NCER dan lima orang wakil daripada pihak PASAK. Pertemuan yang berlangsung selama satu jam setengah ini telah membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua pihak bagi membincangkan pelan strategi kerjasama yang boleh dijalankan pada masa akan datang.

Mesyuarat dimulakan dengan pengenalan PASAK yang diketuai oleh En Fikri sebagai Pengurus Besar PASAK. Beliau telah menerangkan program Transformasi Tenaga Kerja yang sedang dijalankan oleh PASAK serta manfaat dan kelebihan program ini serta insentif yang ditawarkan bagi menarik peserta untuk menyertai program ini. Program ini adalah inisiatif oleh kerajaan negeri yang bertujuan untuk mengurangkan kadar pengangguran di Perak. NCER melalui pegawainya, En Marwi pula telah membentangkan serta menerangkan profil NCER dengan lebih terperinci disamping memperkenalkan NFER Talent Advancement Program yang merupakan salah satu program utama yang sedang dijalankan dalam membangunkan sosio-ekonomi khususnya negeri-negeri utara Malaysia. Kedua dua program yang dijalankan ini merupakan usaha dalam menghadapi era pasca Covid-19.

Perbincangan yang dijalankan telah menemukan titik persamaan antara PASAK dan NCER dalam usaha membangunkan semula ekonomi serta membantu syarikat-syarikat yang terjejas disebabkan wabak Coronavirus yang melanda Malaysia ketika ini. Hal ini membawa kepada perbincangan usahasama yang lebih erat serta lebih serius pada masa akan datang.

Comments (1)

  • Reply NorFarhana Binti Mohd Desa - 09/10/2020

    Berminat untuk menyertai kursus yang NCER di Taiping, Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*