PERBINCANGAN BERSAMA WAKIL MAJLIS BELIA DAERAH BATANG PADANG

IPOH – 2 OKTOBER 2020
Pertemuan kali ini melibatkan En Malik Syam selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Batang Padang, dua wakil MBD Batang Padang dan wakil dari PASAK.
Tujuan untuk pertemuan kali ini adalah untuk saling memperkenalkan fungsi dan peranan PASAK & MBD Batang Padang.
Bukan itu sahaja, ianya adalah untuk mengadakan perbincangan bagi mengadakan kolablorasi antara PASAK dan MBD selaku badan penyelaras NGO & Persatuan Belia Negeri Perak.
PASAK amat berbesar hati menerima kunjungan dari pihak MBD Batang Padang dan kedua-dua belah pihak akan berbincang semula mengenai perancangan bagi memastikan program yang dilaksanakan di daerah Batang Padang berimpak tinggi hasil daripada pembangunan modal insan dalam kalangan sukarelawan di daerah Batang Padang.
Terima kasih kepada pihak MBD Batang Padang kerana memberikan buah fikiran dan sudi bekerjasama dengan pihak PASAK dalam menjayakan program-program PASAK.
PASAK sangat terbuka dalam menerima kunjungan daripada mana-mana pihak khususnya yang melibatkan sukarelawan di peringkat belia untuk diberikan latihan dan seterusnya menjayakan pelbagai program yang diadakan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*