PERBINCANGAN BERSAMA UPSI DAN JPN BAGI PROGRAM TUISYEN CIKGU SAARANI

UPSI – 15 March 2021 (Isnin) – 11 pagi hingga 1 petang
Objektif perbincangan ini adalah tentang gerak kerja di antara PASAK, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menjalankan Program Tuisyen Cikgu Saarani.
Pihak UPSI telah membentangkan cadangan bagi implimentasi program ini. Pihak UPSI akan melibatkan graduan pendidikan di negeri Perak yang masih menganggur.
Selain itu, perbincangan ini juga memberi ruang kepada JPN dan UPSI serta PASAK tentang pelaksanaan dan fokus program ini.
Turut hadir adalah YB Encik Ahmad Saidi (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia Negeri Perak), Tuan Haji Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah PASAK). Yang mewakili UPSI iaitu Prof. Dato Dr Md Amin Md Taff (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Prof. Dr Suriani Abu Bakar (TNC Penyelidikan & Inovasi). Manakala yang mewakili Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah Pn. Hjh. Rahimah bt Mohamed (Timbalan Pengarah Pendidikan – Sektor Pembelajaran) dan Mohd Zaini b. Ahmat (Ketua Penolong Pengarah).
Terima kasih kepada pihak UPSI dan JPN atas kesudian membantu dalam program kali ini. Diharapkan kerjasama antara pihak PASAK, UPSI dan JPN boleh diteruskan lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*