Perbincangan bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

TANJUNG MALIM – 13 OGOS 2020, 3.00 PETANG

Perbincangan kali melibatkan wakil dari PASAK bersama En Suhaimi Zulkifli yang merupakan Penolong Pendaftar Kanan UPSI. UPSI terletak di Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan. UPSI mempunyai dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) yang bitara dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.

Tujuan perbincangan kali ini adalah untuk memperkenalkan semula PASAK yang telah distruktur semula peranan & objektifnya di bawah Portfolio Pembangunan Modal Insan dan juga ingin menjemput pihak UPSI ke Program Bina Insan. UPSI akan cuba membantu PASAK dengan menyediakan fasiliti untuk program yang akan datang bersama pihak PASAK. Bukan itu sahaja, UPSI juga akan membantu dalam mengatur perjumpaan bersama wakil-wakil fakulti untuk perbincangan yang lebih mendalam untuk program Pemetaan Kerjaya.

UPSI akan juga membantu dengan menghantar pelajar untuk Program Bina Insan yang akan diadakan oleh pihak PASAK kelak. Terima kasih kepada pihak UPSI kerana memberikan kerjasama kepada PASAK dalam menjayakan program-program PASAK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*