Perbincangan bersama pihak UNIKL MIMET

LUMUT – 6 OGOS 2020, 9.00 PAGI

Perbincangan kali ini merupakan perbincangan yang dihadiri oleh Dr Asmawi, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan juga ketua-ketua unit yang berkaitan kaunseling, latihan industri, alumni dan promosi. MIMET yang merupakan satu daripada 12 kampus UniKL bermatlamat untuk memberi sinergi kepada industri maritim negara melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi dan konsultansi. Lokasi MIMET terletak di Dataran Industri Teknologi Kejuruteraan Marin Bandar Teknologi Maritim Jalan Pantai Remis, Lumut.

UNIKL mempunyai 4 bidang utama iaitu Naval Architecture, Marine Engineering, Marine electrical & Electronic dan Maritime Operation & Management. UNIKL MIMET telah memberi banyak sumbangan kepada masyarakat, antaranya bot rivercruise gunung lang, bot wakaf MAIPK dan juga lain-lain. UNIKL MIMET juga menawarkan fasiliti untuk digunakan bagi program-program kerjaya.

UNIKL amatlah berbesar hati untuk bekerjasama dengan PASAK dalam menyediakan latihan kursus masa pendek kepada komuniti setempat, terutamanya yang berkaitan dengan maritim seperti kursus penyelenggaran bot. Malah, UNIKL juga mencadangkan agar PASAK memasukkan modul kaunseling kerjaya di dalam program-program Reskill Upskill untuk penjagaan emosi dan kesihatan mental para peserta dan seterusnya menjadi hub untuk kaunseling kerjaya di Perak.

UNIKL juga telah bersedia untuk membantu dalam merangka kursus jangka masa pendek mengikut keperluan PASAK. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak UNIKL MIMET dalam memberi buah fikiran dan idea yang bernas kepada pihak PASAK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*