Perbincangan bersama pihak Kolej Komuniti Manjung

MANJUNG – 6 OGOS 2020, 12.00 TENGAH HARI

Mesyuarat yang dihadiri oleh Encik Hishamudin bin Musa, Pengarah Kolej Komuniti Manjung dan juga pegawai-pegawai yang menguruskan pembangunan pelajar, kemasukan dan pendidikan sepanjang hayat. Kolej Komuniti Manjung (KK Manjung) mula beroperasi sejak 2009. KK Manjung adalah sebuah institusi pendidikan dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan kursus-kursus sepenuh masa dan separuh masa dalam pendidikan dan latihan kepada masyarakat setempat.

Antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah Fesyen dan Pakaian. KK Manjung sangat berbesar hati untuk membantu PASAK dalam Program Kursus Jangka Masa Pendek yang melibatkan jahitan dan jika tiada kepakaran di KK Manjung, KK Manjung akan meminta bantuan dari Kolej Komuniti yang lain. Bukan itu sahaja, KK Manjung juga mencadangkan supaya PASAK mengeluarkan perancangan tahunan atau kalendar untuk program-program di daerah Manjung bagi memudahkan perancangan program.

KK Manjung juga mempunyai 1 program yang dinamakan TREE (TVET Root Early Exposure) di mana KK Manjung akan turun ke sekolah-sekolah untuk memberikan latihan jangka masa pendek sebagai salah satu usaha untuk para pelajar sekolah menengah mengenalpasti minat dalam bidang jahitan. KK Manjung mencadangkan untuk bekerjasama dengan PASAK dalam program tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*