Perbincangan bersama pihak Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut

MANJUNG – 6 OGOS 2020, 3.00 PETANG

Wakil Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengadakan perbincangan bersama pihak Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut yang dihadiri oleh Encik Muhaiedin bin Bakim, Pengarah IKM dan timbalan-timbalan pengarah IKM Lumut serta ketua-ketua jabatan. IKM Lumut telah mula beroperasi pada tahun 1977. Lokasi IKM Lumut terletak di Bandar Seri Manjung. IKM Lumut mempunyai 15 kursus pengajian yang merupakan 10 Sijil dan 5 Diploma.

IKM amat berbesar hati untuk membantu PASAK dalam menjalankan kursus jangka masa pendek yang bersesuaian untuk ditawarkan kepada pelajar sekolah, masyarakat, pelajar IKM dan juga kepada kakitangan-kakitangan IKM. Malah, perbincangan kali ini juga menekankan kepentingan kajian kepada industri dalam mengenalpasti bidang yang mempunyai permintaan tinggi. Ini juga akan memudahkan ILKA dalam menyediak tawaran kursus yang bersesuaian kepada semua lapisan masyarakat.

Terima kasih kepada pihak IKM Lumut yang sudi mengadakan perbincangan dengan pihak PASAK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*