Perbincangan bersama Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak

IPOH – 18 OGOS 2020, 4.00 PETANG

Kami menerima kunjungan mesra dari rakan-rakan Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak ke pejabat Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Perbincangan kecil telah diadakan bersama Tuan Misbahul Munir bin Hj Madzuki dan pegawai pengurusan PASAK.

Pelbagai perkara telah dibincangkan dengan fokus utama adalah untuk menangani masalah pengganguran dalam negeri Perak kepada dua kumpulan iaitu lepasan institusi dan golongan terkesan akibat pandemik COVID-19. Bukan itu sahaja, perbincangan tentang Banci Malaysia 2020 bagi negeri Perak oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada hujung tahun ini juga diadakan.

Kami berharap kami dan ahili-ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak akan bersama-sama memainkan peranan untuk membantu dalam kedua-dua perkara yang telah dibincangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*