Perancangan Kerjasama Antara Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak) Dan Malaysian International Chamber Of Commerce & Industry (MICCI)

IPOH – 17 OGOS 2020, 10.00 PAGI

Dalam usaha Unit Kerjaya dan Industri memperkukuhkan hubungan serta memperkasakan kerjasama dengan industri di Perak khususnya, pihak PASAK telah menjalankan satu pertemuan dengan MICCI bagi membincangkan program kerjasama yang akan dijalankan. Pertemuan ini telah berlangsung di pejabat MICCI ini diwakili oleh tiga wakil daripada PASAK yang diketuai oleh Pengurus Projek PASAK, En Zul Iskandar dan MICCI diwakili oleh Puan Subasini Uthra.

Perbincangan yang berlangsung selama 60 minit ini berkisarkan tentang insentif-insentif yang disediakan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi membangunkan semula ekonomi pasca Covid-19. Proses pembangunan semula ekonomi negara ini sememangnya tidak mudah, namun dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, nescaya proses ini akan berjalan dengan lebih lancar.

Perbincangan ini juga telah mengupas beberapa isu-isu penting seperti isu kadar pengangguran semasa, isu tahap kebolehpasaran graduan sedia ada serta isu bagaimana untuk merangsang suntikan pelaburan bagi memperluaskan industri khususnya di negeri Perak. Dengan adanya pertemuan ini, satu program kerjasama antara PASAK dan MICCI akan dijalankan pada bulan September yang melibatkan ahli-ahli dibawah MICCI bagi memperkenalkan fungsi utama PASAK serta menerangkan insentif-insentif sedia ada bagi membantu majikan dan syarikat yang terjejas dengan pandemik Coronavirus ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*