PENYERAHAN MOCK CHEQUE ELAUN PESERTA – SKIM : SKIM PERALIHAN TENAGAKERJA (WORKPRO) FASA 2

GERIK, 20 MAC 2021
Pada hari ini telah berlangsungnya Penyerahan Mock Cheque Elaun Peserta Skim : Skim Peralihan Tenagakerja (WorkPro) Fasa 2 yang telah bertempat di Arena Amanjaya Lawin di Kampung Bagan Lawin. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak.
Turut hadir Dato Hj. Mohd Tarmizi Idris (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan (ADUN) Kenering), Yb Kamaruddin Bin Abu Bakar (ADUN Kuala Sepetang), Tuan Haji Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)), Encik Hamidi bin Baharuddin (Pegawai Tugas-Tugas Khas Pejabat MB), Encik Aznan bin Haji Alias (Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak), Puan Norizan binti Md Ali (Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak) dan Encik Mat Aris bin Bakar (Pengarah Urusan Metro Transport College).
Lesen Kelas H : Jentera Berat Beroda Daerah Hulu Perak adalah salah satu daripada Skim Peralihan Tenagakerja (WorkPro) Fasa 2. Kursus yang bermula pada April 2021.
Seramai 35 orang peserta telah terpilih untuk menyertai kursus ini di mana mereka terdiri daripada anak anak Lenggong, Gerik, Kuala Kangsar yang merupakan lelaki berusia lingkungan umur 23-52 tahun.
Untuk makluman, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Perak Eclat TVET (PET) adalah sekretariat dan entiti pelaksana utama yang telah dilantik oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak bagi melaksanakan dasar pembangunan dan hala tuju berkaitan TVET di negeri Perak.
PASAK yang berperanan sebagai agensi milik penuh kerajaan Negeri Perak dan merupakan sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak amat mengambil maklum mengenai inisiatif pihak kerajaan Negeri Perak dalam menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat negeri Perak.
Diharapkan dengan kursus kemahiran umpama ini dapat memberikan skill baru untuk menceburi peluang-peluang pekerjaan yang lain selari dengan usaha PASAK untuk menjayakan matlamat dan hasrat kerajaan Negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*