PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS RM 150 KEPADA MAHASISWA TERJEJAS AKIBAT COVID-19

IPOH – 29 DISEMBER 2020

Majlis ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak bertempat di Foyer Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 29 Disember 2020 (Selasa).

Majlis pagi ini dianjurkan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).Bantuan ini, merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, dan Sumber Manusia bagi membantu mahasiswa yang terkesan akibat pengumuman penangguhan kemasukan ke IPT serta mahasiswa daripada golongan B40.

Majlis ini juga dihadiri oleh YB Dato Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid (Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan), YB Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin (Penasihat Undang-Undang Negeri Perak), YB Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan (Pegawai Kewangan Negeri Perak), YB Tuan Haji Razman bin Zakaria (Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan), YB Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia) – Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud dan YB Tuan Haji Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).Seramai 1,200 mahasiswa anak Perak B40 layak menerima bantuan khas sebanyak RM150 bagi meringankan beban khususnya dalam mendepani pandemik Covid-19.Peruntukan kerajaan negeri disalurkan melalui Jawatankuasa Pendidikan dan Pengajian Tinggi telah memperuntukkan RM200 ribu bagi tujuan tersebut.

Peruntukan ini telah dilancarkan oleh Menteri Besar Perak yang melibatkan pemberian sebanyak RM150 untuk diagihkan kepada mahasiswa yang layak dan menepati kriteria ditetapkan.Bantuan tersebut melibatkan seramai 551 mahasiswa untuk fasa pertama dimana pembayaran telah mula disalurkan pada 18 Disember lalu.Manakala baki 649 mahasiswa akan menerima bayaran bermula Januari bagi fasa kedua melalui transaksi atas talian.Kerajaan Negeri amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh Mahasiswa anak negeri Perak dalam situasi pandemik Covid-19 dimana usaha yang dilaksanakan ini diharap dapat mengurangkan beban kos sara hidup serta menampung keperluan tambahan seperti membeli data mudah alih (internet), pembelian aplikasi webinar, bahan rujukan pembelajaran dan lain-lain keperluan akademik.

Nor Azlen

Penolong Eksekutif Sosial Media

Unit IT, Media dan Pemasaran

Pusat Aspirasi Anak Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*