PEMETAAN KERJAYA ONLINE SIRI 2 – SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PROTON CITY

30 Jun 2021 (Sabtu) | 3.00 petang – 4.00 petang
Program Pemetaan Kerjaya Online Siri 2 kali ini dijalankan Institut Kemahiran Malasyisa (IKM) dan Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta dari SMK Proton City tentang Haluan Pendidikan dan Kerjaya dalam bidang kemahiran elektrik dan pastri. Program ini dihadiri seramai 90 peserta yang terdiri daripada pelajar dan ibu bapa dari SMK Proton City, Tanjung Malim, Perak.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Yusoff bin Mat Saad dari IKM dan Puan Norliza binti Ab Halim dari Kolej Komuniti Kuala Kangsar. Terima kasih diucapkan kepada pelajar atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir. Terima Kasih juga diucapkan kepad Sekolah Menengah Kebangsaan Proton City atas kesudian menjemput pihak PASAK untuk program kali ini.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*