PEMETAAN KERJAYA ONLINE SIRI 1 – SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN YUSSUF

17 Jun 2021 (Khamis) | 1.30 – 3.20 petang
Program Pemetaan Kerjaya Online Siri 1 kali ini dijalankan bersama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh dan Pusat Pembangunan Usahawan Dan Kemahiran Perak (PESDC) secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta dari SMK Sultan Yussuf tentang Haluan Pendidikan dan Kerjaya dalam bidang kemahiran elektrik dan Kimpalan. Program ini dihadiri seramai 90 peserta yang terdiri daripada pelajar dan ibu bapa dari SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Rhoma Erma Zaini dari ILP dan Tuan Mohd Surian Baharuddin dari PESDC. Terima kasih diucapkan kepada pelajar atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir. Terima kasih juga diucapkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf atas kesudian menjemput pihak PASAK untuk program kali ini.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*