PEMANTAUAN WRT FASA 2 : KURSUS ASAS PEMBUATAN PASTRI

PUSING – 1 OKTOBER 2020
Pemantauan untuk Program Peralihan Tenagakerja (WRT) hari ini bagi kedua-dua kursus telah dihadiri oleh Puan Suat Meay dan Cik Jannah sebagai wakil pemantau dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).
Pemantauan telah dijalankan di Kolej Teknologi MIDAS.
Bilangan peserta untuk kursus asas kali ini adalah seramai 25 orang peserta yang terlibat.
Antara modul kursus Asas Pembuatan Pastri adalah batter and dough preparation, kek preparation dan juga soft and hard roll preparation.
Kursus asas tersebut diadakan selama 4 minggu.
Dengan adanya program seperti ini, harapan PASAK adalah untuk membantu pekerja-pekerja yang terkesan akibat wabak Covid-19 serta memberi peluang kepada pencari pekerja dalam meningkatkan kemahiran dan juga ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*