PEMANTAUAN WRT FASA 2 : KURSUS ASAS PEMBUATAN KULINARI

PUSING – 16 OKTOBER 2020
Kursus Asas Kulinari merupakan salah satu kursus di bawah Skim Peralihan Tenagakerja ( WRT ) Fasa 2 yang merupakan inisiatif di bawah Program Transformasi Pekerjaan.
Pemantauan untuk Program Peralihan Tenagakerja (WRT) hari ini telah dihadiri oleh Pengarah PASAK Tuan Misbahul Munir dan Puan Suat Meay serta Cik Asyikin sebagai wakil pemantau dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).
Pemantauan telah dijalankan di Kolej Teknologi MIDAS.
Bilangan peserta untuk kursus asas kulinari kali ini adalah seramai 25 orang peserta yang terlibat.
Antara modul kursus Asas Pembuatan Kulinari adalah butchery,sauce production and food preparation yang terbahagi kepada beberapa resepi seperti fish & chip, grilled lamb dan grilled chicken.
Kursus ini juga turut mempunyai slot bina insan yang disampaikan oleh Dr Kamarulzzaman yang bertajuk Aktivasi Diri Ke Arah Norma Baru Dan Impak Ir4.0.
Kursus asas tersebut diadakan selama 4 minggu dan telah bermula pada 14 Oktober 2020.
Peserta ini terdiri daripada golongan usahawan dan pekerja yang terjejas akibat pandemic Covid 19.
Diharap melalui kursus ini dapat memberi nilai tambah kepada diri setiap peserta dan semoga peserta peserta ini terus maju jaya dengan pengalaman yang dikutip menerusi kursus Asas Kulinari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*