Pemantauan Skim Peralihan Tenagakerja (WRT) FASA 2: Kursus Shield Metal ARC Welding (SMAW/MMA) 3G Kursus Building Wiring Installation

22 OKTOBER 2020, 10.00 Pagi
Pada hari ini telah dilaksanakan proses pemantauan kursus Skim Peralihan Tenagakerja Fasa 2 oleh PASAK sebagai Sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak.
Tuan Mohd Misbahul Munir selaku Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah hadir ke pusat latihan diiringi delegasi dari PASAK iaitu Encik Ahmad Afifi, Eksekutif Perhubungan Korporat, Encik Zul Iskandar, Pengurus Projek dan Cik Jannah dari Unit TVET.
Pemantauan kursus hari ini telah bertempat di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara Cawangan Perak, Manjung.
Pengarah PASAK juga memberi taklimat ringkas kepada peserta-peserta mengenai latar belakang PASAK sebagai agensi pembangunan modal insan di bawah kerajaan negeri Perak.
Selain itu, peserta-peserta turut didedahkan tentang peranan PASAK sebagai sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak dibantu Perak Eclat TVET (PET) bagi melaksanakan sebarang dasar dan hala tuju berkaitan TVET di negeri Perak.
Selain menganjurkan banyak program latihan kemahiran, insentif dan inisiatif daripada pihak kerajaan negeri.
Pengarah juga sempat berkunjung dan beramah mesra bersama para peserta di Bay Electric untuk melihat peserta membuat latihan secara praktikal dengan bahan bahan kursus yang disediakan.
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah terpilih untuk menjalankan kursus di bawah Program Transformasi Pekerjaan Fasa 2 ini.
Pihak PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Akademi Binaan Malaysia (ABM) Manjung di atas penerimaan kunjungan pemantauan dan lawatan kursus di bawah Program Transformasi Pekerjaan atau ringkasnya disebut sebagai Work-Pro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*