PEMANTAUAN SKIM PERALIHAN TENAGAKERJA (WRT) FASA 2 : KURSUS SENI SOLEKAN

20 OKTOBER 2020, 3.30 petang
Pada hari ini telah dilaksanakan proses pemantauan kursus Skim Peralihan Tenagakerja Fasa 2 oleh PASAK selaku Sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak .
Pemantauan kursus hari ini telah bertempat di Iyanis Green Beauty, Ipoh.
Pengarah PASAK juga menerangkan secara ringkas kepada peserta-peserta mengenai latar belakang PASAK yang merupakan agensi di bawah kerajaan negeri Perak
Selain itu, peserta-peserta turut didedahkan dengan peranan PASAK sebagai sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak dibantu Perak Eclat TVET (PET) bagi melaksanakan sebarang dasar dan hala tuju berkaitan TVET di negeri Perak.
Untuk makluman pembaca, hari ini juga adalah merupakan hari terakhir bagi kursus ini.
Sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang telah memberi komitmen yang memberangsangkan sepanjang tempoh kursus berlangsung, hari ini juga turut diadakan Majlis Penyampaian Sijil buat para peserta. Penyampaian sijil telah disampaikan oleh Pengarah PASAK, Tuan Mohd Misbahul Munir dan Encik Faris Hassani daripada Perak Eclat TVET ( PET ).
Tahniah diucapkan kepada para peserta.
Pihak PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Iyanis Green Beauty di atas penerimaan kunjungan pemantauan dan lawatan kursus di bawah Program Transformasi Pekerjaan atau ringkasnya disebut sebagai Work-Pro .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*