PEMANTAUAN SKIM PERALIHAN TENAGAKERJA (WRT) FASA 2 :KURSUS ADVANCE BOOK KEEPING SKILLS & COMPUTER HARDWARE REPAIR

20 OKTOBER 2020, 3.00 petang
Pada hari ini telah dilaksanakan proses pemantauan kursus Skim Peralihan Tenagakerja Fasa 2 oleh PASAK selaku Sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak .
Pemantauan kursus hari ini telah dilaksanakan oleh Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak ( PASAK ), Tuan Mohd Misbahul Munir dan diiringi oleh Encik Zul Iskandar dan Cik Jannah yang
bertempat di Kolej Shen Jai, Ipoh.
Pengarah PASAK juga turut menerangkan secara ringkas kepada peserta-peserta mengenai latar belakang PASAK yang merupakan agensi di bawah kerajaan negeri Perak
Selain itu, peserta-peserta turut didedahkan dengan peranan PASAK sebagai sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak dibantu Perak Eclat TVET (PET) bagi melaksanakan sebarang dasar dan hala tuju berkaitan TVET di negeri Perak.
Pihak PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Shen Jai di atas penerimaan kunjungan pemantauan dan lawatan kursus di bawah Program Transformasi Pekerjaan atau ringkasnya disebut sebagai Work-Pro .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*