Pemantauan Skim Peralihan Tenagakerja : Kursus Pramusaji

IPOH -15 SEPTEMBER 2020, 12.00 tengahari

Pemantauan untuk Program Peralihan Tenagakerja (WRT) hari ini telah diwakili oleh Puan Salamiah dan Cik Jannah dari PASAK. Pemantauan telah dijalankan di Restoran Terapung Anak Perak yang terletak di Manjoi, Ipoh.

Puan Salamiah telah memberi penerangan ringkas mengenai latar belakang Pusat Aspirasi Anak Perak ( PASAK ) yang merupakan sebuah agensi di bawah kerajaan negeri Perak. PASAK telah dilantik oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak dibantu Perak Eclat TVET (PET) bagi melaksanakan dasar-dasar dan hala tuju berkaitan latihan kemahiran di negeri Perak.

Pemantauan yang diadakan kali ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada para peserta kursus sebagai penambahbaikan terhadap program kursus yang telah disediakan. Peserta turut berkongsi pengalaman mereka sepanjang menjalani kursus selama empat minggu di lokasi berkenaan.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat membantu pekerja-pekerja yang terkesan akibat wabak Covid-19 serta memberi ruang dan peluang kepada pencari pekerja dalam meningkatkan ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*