Pemantauan Skim Peralihan Tenagakerja : Kursus Penyelenggaraan Automotif

KAMPAR – 9 SEPTEMBER 2020, 10.00 pagi

Pemantauan kelas teori dan kelas praktikaliti untuk Program Peralihan Tenagakerja (WRT) kali ini dihadiri oleh Pengurus Projek PASAK iaitu Encik Zul Iskandar Shah dan diiringi oleh Cik Asyikin dan Cik Jannah daripada Unit TVET PASAK. Pemantauan telah bertempat di Kolej Teknikal Sri Ayu, Kampar.

Encik Zul Iskandar telah menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang Pusat Aspirasi Anak Perak ( PASAK ) yang merupakan sebuah agensi di bawah kerajaan negeri Perak. PASAK telah dilantik oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak dibantu Perak Eclat TVET (PET) bagi melaksanakan dasar-dasar dan hala tuju berkaitan latihan kemahiran di negeri Perak.

Pemantauan yang diadakan kali ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas lisan daripada para peserta Kursus Penyelenggaraan Automotif sebagai penambahbaikan terhadap program kursus yang telah disediakan. Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat membantu pekerja-pekerja yang terkesan akibat wabak Covid-19 serta memberi ruang dan peluang kepada pencari pekerja dalam meningkatkan ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*