Pemantauan Skim Peralihan Tenagakerja : Kursus Gunting Rambut

IPOH -15 SEPTEMBER 2020, 12.00 tengahari

Pemantauan untuk Program Peralihan Tenagakerja (WRT) kali ini dihadiri oleh Pengurus Besar PASAK iaitu Encik Mohamad Fikri dan diiringi oleh Cik Jannah daripada Unit TVET PASAK. Pemantauan telah dijalankan di Orang Kita Barbershop yang juga merupakan salah satu daripada outlet yang terletak di Medan Gopeng, Ipoh.

Encik Fikri telah menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang Pusat Aspirasi Anak Perak ( PASAK ) yang merupakan sebuah agensi di bawah kerajaan negeri Perak. PASAK telah dilantik oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak dibantu Perak Eclat TVET (PET) bagi melaksanakan dasar-dasar dan hala tuju berkaitan latihan kemahiran di negeri Perak.

Pemantauan yang diadakan kali ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada para peserta gunting rambut sebagai penambahbaikan terhadap program kursus yang telah disediakan.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat membantu pekerja-pekerja yang terkesan akibat wabak Covid-19 serta memberi ruang dan peluang kepada pencari pekerja dalam meningkatkan ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*