Pemantauan Skim Peralihan Tenagakerja : 3D Animation Using Blender & Pemasaran Multimedia

IPOH -15 SEPTEMBER 2020, 3.30 petang

Pemantauan untuk Program Peralihan Tenagakerja (WRT) hari ini bagi kedua-dua kursus telah dihadiri oleh Puan Salamiah dan Cik Jannah sebagai wakil pemantau dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Pemantauan telah dijalankan di PIA College, Ipoh.

Kedua-dua wakil pemantau sempat mendengar penerangan ringkas tentang modul-modul latihan yang telah dijalankan oleh pihak PIA College selaku penyedia Latihan yang telah dilantik untuk melaksanakan kursus. Pemantauan yang diadakan kali ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada para peserta kursus sebagai penambahbaikan terhadap program kursus yang telah disediakan. Peserta turut berkongsi pengalaman mereka sepanjang menjalani kursus selama empat minggu di lokasi berkenaan.

Wakil pemantau juga sempat ditunjukkan proses pembelajaran online serta sesi taklimat keusahawanan kepada peserta. Di samping itu, pemantauan dan maklumbalas peserta dilakukan secara online telah dipaparkan video call tersebut di skrin besar sebagai pemerhatian. Pemantau juga telah berinteraksi dengan peserta melalui aplikasi tersebut.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat membantu pekerja-pekerja yang terkesan akibat wabak Covid-19 serta memberi ruang dan peluang kepada pencari pekerja dalam meningkatkan ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*