Pemantauan Skim Pengekalan Tenagakerja (WRS)

8 SEPTEMBER 2020, 1.00 petang

Program di bawah WRS adalah bertujuan bagi mengekalkan pekerja serta membantu pihak majikan untuk terus mengekalkan pekerja dalam tempoh 3 bulan. Kaedah latihan sambil bekerja akan diperkenalkan kepada pekerja yang bakal terjejas atau mempunyai risiko diberhentikan di dalam industri terkesan.

Latihan yang dijalankan dalam tempoh masa 3 bulan ini tujuannya adalah bagi melatih pekerja di dalam sektor yang terkesan kepada kemahiran lain (Add-On Skills) yang akan dilatih di dalam industri berkenaan.

Oleh itu, pada hari ini telah dilaksanakan proses pemantauan bagi Kursus Program Pegawai Penilai Luaran ( PPL ) oleh PASAK selaku Sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak . Kursus hari ini telah dihadiri oleh Pengurus Besar PASAK iaitu Encik Fikri dan diiringi oleh Puan Suat Meay selaku Penolong Pengurus dan Cik Jannah daripada Unit TVET PASAK dan telah bertempat di IGB Training & Consultancy di Meru, Ipoh.

Encik Fikri juga telah menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang Pusat Aspirasi Anak Perak ( PASAK ) yang merupakan sebuah agensi di bawah kerajaan negeri Perak. PASAK telah dilantik oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak dibantu Perak Eclat TVET (PET) bagi melaksanakan sebarang dasar dan hala tuju berkaitan TVET di negeri Perak.

Umumnya, kursus latihan yang diberikan adalah bertujuan untuk membantu pekerja yang terjejas atau berisiko kehilangan pekerjaan di samping membantu majikan mengurangkan kos bayaran gaji pekerja dalam pusingan operasi perniagaan. Latihan yang mengikut modul juga telah ditetapkan dan pada masa yang sama pekerja masih kekal dengan pekerjaan mereka .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*