Pemantauan Skim Pengekalan Tenagakerja (WRS) : KURSUS PERKHIDMATAN MAKANAN & KURSUS GUNTING RAMBUT

IPOH – 17 SEPTEMBER 2020
Konsep WRS adalah mengekalkan pekerja serta membantu pihak majikan untuk terus mengekalkan pekerja dalam tempoh 3 bulan.
Kaedah latihan sambil bekerja diperkenalkan kepada pekerja yang terjejas atau mempunyai risiko diberhentikan di dalam industri terkesan.
Latihan selama 3 bulan ini tujuannya untuk melatih pekerja di sektor terkesan kepada kemahiran lain (Add-On Skills) yang akan dilatih di dalam industri berkenaan.
Oleh itu, pada hari ini telah dilaksanakan proses pemantauan bagi Kursus Perkhidmatan Makanan dan Kursus Gunting Rambut oleh PASAK selaku Sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak .
Kursus Perkhidmatan Makanan telah dipantau oleh Puan Suat Meay dan Cik Kaza dari PASAK yang
bertempat di Restoran Terapung Anak Perak, Manjoi.
Manakala Kursus Gunting Rambut pula bertempat di Orang Kita Barbershop cawangan Ampang, Ipoh juga dipantau oleh Puan Suat Meay dan Cik Kaza dari PASAK.
Puan Suat Meay telah menerangkan secara ringkas mengenai PASAK sebagai agensi di bawah kerajaan negeri Perak dan peranan PASAK sebagai sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak dibantu Perak Eclat TVET (PET) bagi melaksanakan sebarang dasar dan hala tuju berkaitan TVET di negeri Perak.
Wakil daripada Penyedia Latihan bagi kursus Perkhidmatan Makanan iaitu Encik Shah menerangkan secara ringkas modul perkhidmatan makanan yang dijalankan.
Manakala, wakil daripada Penyedia Latihan bagi kursus Kursus Gunting Rambut pula iaitu Encik Shah dan Encik Fadil juga menerangkan secara ringkas modul kursus yang dijalankan.
Selain itu, pemantau turut berinteraksi dengan para peserta untuk tujuan penambahbaikan program serta turut mendapatkan maklumbalas peserta tentang perjalanan program dan modul pembelajaran.
Umumnya, kursus latihan yang diberikan adalah bertujuan untuk membantu pekerja yang terjejas atau berisiko kehilangan pekerjaan di samping membantu majikan mengurangkan kos bayaran gaji pekerja dalam pusingan operasi perniagaan.
Latihan yang mengikut modul juga telah ditetapkan dan pada masa yang sama pekerja masih kekal dengan pekerjaan mereka .

Comments (1)

  • Reply Mohd Fairoz bin Abd Rahman - 07/10/2020

    Bagaimana Cara untuk mengikuti kursus potong rambut Yang dianjurkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*