PEMANTAUAN SKIM LATIHAN TENAGAKERJA (WRT) FASA 2KURSUS SHIELD METAL ARC WELDING (SMAW/MMA) 3GPENYEDIA LATIHAN : PROWELD TRAINING CENTRE SDN BHD

23 OKTOBER 2020, 10.00 Pagi

Lawatan pemantauan ke pusat latihan bagi kursus kimpalan atau Shield Metal ARC Welding (SMAW/MMA) 3G yang dikelolakan oleh Proweld Training Centre Sdn Bhd.

Syarikat penyedia latihan menjadi rakan kerjasama penting bagi PASAK bagi melaksanakan agenda Transformasi Kerjaya (WORKPRO) bagi membantu mereka yang terjejas akibat COVID19.

Rata-rata peserta yang menyertai program latihan percuma anjuran TVET Negeri Perak ini adalah mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, menganggur dan menambahbaik kemahiran dalam bidang tertentu-tentu.

Hal ini penting bagi membolehkan mereka mendapat tempat di dalam industri sekiranya mereka menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.

Delegasi daripada Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) diketuai oleh Pengarah PASAK, Tuan Hj Mohd Misbahul Munir bin Masduki serta Pengurus Projek Encik Zul Iskandar dan Eksekutif Perhubungan Korporat Encik Afifi.

Maklumbalas dari pemantauan yang dilakukan adalah, peserta-peserta program latihan ini diberi pendedahan mendalam mengenai ilmu teori dan praktikal kerja-kerja kimpalan dilakukan.

Peserta juga didedahkan dengan penggunaan teknologi terkini dalam industri kimpalan antaranya Welding Simulation System iaitu sistem berteknologi canggih dalam melaksanakan kerja kimpalan menggunakan komputer, robot dan alat kawalan automatik.

Kini, industri kimpalan semakin maju kehadapan dengan adanya teknologi-teknologi berasaskan Internet of Things (IoT) sejajar dengan Revolusi Industri ke-4. Maka tenaga kerja sedia ada perlu menaiktaraf kemahiran mereka dengan menguasai ilmu baru tentang penggunaan teknololgi dalam kerja-kerja kimpalan.

Program latihan kemahiran sebegini sememangnya sangat penting dan diperlukan oleh tenaga kerja bagi menempatkan diri mereka di dalam industri semasa yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang diceburi.

Pengarah PASAK juga berkesempatan mencuba sendiri alatan berteknologi canggih atau sistem simulasi kerja kimpalan dilakukan sebagaimana yang didedahkan kepada semua peserta yang menyertai program ini.

Oleh itu, PASAK menyeru semua warga negeri Perak yang ingin mempelajari ilmu kemahiran baru, menaiktaraf kemahiran atau mencari peluang pekerjaan, bolehlah mendaftar dalam program kemahiran-kemahiran TVET yang lain. Penyertaan masih dibuka kepada semua warga negeri Perak. Latihan selama sebulan, elaun dan sijil diberikan selepas tamat program latihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*