PEMANTAUAN KURSUS SKIM LATIHAN PENINGKATAN KEMAHIRAN (SET) BEACH BOY & FROZEN FOOD

Pulau Pangkor – 30 September 2020
Skim Latihan Peningkatan Kemahiran terletak di bawah Program Transformasi Pekerjaan yang merupakan suatu inisiatif daripada Kerajaan Negeri Perak kepada rakyatnya.
Program ini merupakan kaedah rangsangan dan peningkatan kemahiran kepada ahli-ahli Persatuan Rekreasi Pangkor bagi membantu mereka mempelbagaikan kemahiran sedia ada.
Antara modul kursus yang dilaksanakan hari ini adalah _story telling_, _role play in action_ , dan melukis peta sekitar kawasan pelancongan di Pulau Pangkor.
Manakala, bagi Kursus _Frozen Food_, peserta telah diajar proses membuat karipap _frozen_ dan _samosa_ secara _limited edition_ daripada proses awal pembuatan hingga ke proses cara menggoreng yang efektif.
Peserta juga didedahkan dengan sukan lasak seperti _flying fox_ yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran keberanian terhadap aspek ketinggian bagi setiap peserta kursus.
Pemantauan wakil PASAK kali ini diiringi oleh wakil Penyedia Latihan sendiri iaitu Encik Safwan.
Diharapkan sepanjang kursus berjalan selama 2 bulan ini, peserta dapat memberi komitmen sepenuhnya dan dapat mempertingkatkan ìkemahiran yang diajar. Semoga kemahiran yang diajar ini dapat membantu mereka yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*