PASAK DISERANG PENCARI JAWATAN KOSONG

BAGAN DATUK – 25 JULAI 2020, 9.30 PAGI

Berakhir sudah sesi temuduga langsung di Dewan Pertubuhan Peladang, Bagan Datuk Simpang 3. Terdapat 264 jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan pada sesi temuduga yang bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada 3.00 petang kali ini. Sesi temuduga ini telah dihadiri 139 pencari kerja yang hadir.







Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak majikan yang hadir : Southern Perak Plantations Sdn Bhd, PHN Industry Sdn Bhd, Shoon Fatt Biscuit & Confectionery Factory Sdn Bhd, Nyok Lan Garments Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datuk, Anson Seng Huat, S & P Industries Sdn Bhd, Adabi Teluk Intan Sdn Bhd dan Naluri Rasa Sdn Bhd dalam menjayakan sesi temuduga untuk kali ini.



Kami, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) ingin mengucapkan semoga berjaya dan terima kasih kepada calon calon yang hadir. Kepada yang tidak menghadiri sesi temuga kali ini, usah bimbang. Teruskan mengikuti kami di media sosial untuk mengetahui pelbagai peluang pekerjaan!

#PeluangKerja
#JawatanKosong
#BaganDatuk
#JomCariKerja
#Perak
#PASAKPerak
#PerakBebasCovid
#StayAtHome
#KitaJagaKita
#MalaysiaPerangiCOVID19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*