PASAK BERSAMA MEMBANGUNKAN BANDARAYA IPOH

Kunjungan PASAK kepada Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud menyaksikan jalinan hubungan kerjasama antara PASAK dengan Majlis Bandaraya Ipoh.
Intipati kunjungan kali ini lebih kepada diskusi berkaitan agenda pembangunan modal insan di negeri Perak khususnya di Ipoh.
Fokus diskusi Pengarah PASAK, Tuan Hj Misbahul Munir bin Masduki lebih kepada idea dan saranan bagaimana membasmi masalah kemiskinan, pengangguran, gelandangan dan percaturan program kemasyarakatan pada masa akan datang.
Dalam diskusi ini, Datuk Bandar menyatakan hasratnya untuk mewujudkan satu identiti istimewa bandaraya Ipoh.
Lebih menjurus kepada pembentukan identiti berteraskan teknologi dan kemahiran. Selain memanfaatkan modal insan sedia ada.
Terdapat beberapa inisiatif sedang disusun sebagai penutup tahun 2020 ini antaranya projek bantuan gelandangan pada bulan Disember ini.
Di peringkat MBI sendiri telah menjalankan beberapa operasi pembasmian gelandangan dengan membantu dari segi pekerjaan, latihan kemahiran dan motivasi.
Datuk Bandar juga sangat terbuka dengan penyertaan PASAK sebagai agensi kerajaan negeri untuk bersama membentuk sinergi dalam menjalankan program-program untuk rakyat.
Datuk Bandar mempunyai visi dan aspirasi yang besar untuk membawa kemajuan kepada bandaraya Ipoh yang banyak memfokuskan kepada pembangunan sosioekonomi rakyat dan negeri.
PASAK memandang tinggi aspirasi tersebut dan bersedia mendokong hasrat untuk bersama memacu kemajuan di negeri Perak khususnya Ipoh sebagai ibu negeri dan pusat ekonomi utama.
Ahmad Afifi bin Mohammad Lotfi
Perhubungan Korporat
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*