NGOPI KERJAYA: PELUANG BELIA DALAM LATIHAN KEMAHIRAN

Ipoh, 15 Jun – Ipoh, 10 Jun

Ilmu kemahiran kian menjadi permintaan dalam industri semasa. Dalam memperkasakan agenda TVET ini, ilmu kemahiran perlu diterapkan dari akar umbi lagi. Oleh itu, Pusat Aspirasi Anak Perak telah menjalankan sesi bual bicara santai mengenai topik TVET.
Panel jemputan, Puan Siti Hajar binti Sulaiman merupakan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar (IKBN SI) telah menyampaikan informasi mengenai peluang belia dalam latihan kemahiran.
Menurut Puan Siti Hajjar, IKBN kini menawarkan peluang-peluang kursus kemahiran jangka pendek dan jangka panjang. Dengan kewujudan kursus jangan pendek seperti Program STAR@U ini akan memberi seribu satu faedah kepada belia yang ingin menceburi bidang kemahiran ini. Inisiatif ini mampu menggalakkan para belia menceburi bidang TVET dan negara mampu menghasilkan tenaga kerja yang tempatan yang berkualiti.
Pihak PASAK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan berharap perkongsian ini memberi seribu satu informasi yang berguna kepada masyarakat terutamanya para belia mengenai peluang latihan kemahiran dan seterusnya memperkasakan agenda TVET di Malaysia.
Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*