NGOPI KERJAYA: CABARAN DAN KEMAHIRAN NORMA BAHARU

Ipoh, 10 Jun

Ilmu kemahiran kian menjadi permintaan dalam industri semasa. Kemahiran merupakan salah satu aset bagi individu menempuh cabaran terutama sekali dalam norma baharu ini. Oleh itu, Pusat Aspirasi Anak Perak telah menjalankan sesi bual bicara santai mengenai topik TVET ini.

Panel berpengalaman, Puan Hajjah Suriyani binti Haji Sadri yang merupakan Pengerusi Persatuan Gabungan Pusat Bertauliah SLDN Negeri Perak telah berkongsi informasi mengenai peluang dalam bidang kemahiran serta cabaran dalam TVET ini. Menurut Puan Hajjah Suriyani, pemintaan ‘demand’ daripada sudut kemahiran ini kian meningkat seiring dengan perkembangan teknologi dan beliau turut menyarankan kepada masyarakat untuk meningkatkan ilmu mereka dalam kemahiran ini.

Turut serta bersama ialah panel jemputan yang merupakan bekas peserta kursus kemahiran TVET, Puan Mahaletchumi A/P Maruthaveeran. Beliau juga berkongsi pengalaman, manfaat serta impak mengikuti kursus kemahiran yang disediakan kepada masyarakat.

Pihak PASAK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap perkongsian ini memberi seribu satu informasi yang berguna kepada masyarakat tentang ilmu kemahiran dan memperkasakan agenda TVET di negeri Perak. Sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*