NGOPI KERJAYA BERSAMA PUAN SARIPAH RODIAH AHMAD: HIRING AND WHAT YOU NEED TO KNOW ABOUT EMPLOYEE RIGHT

Ipoh, 3 Jun

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah mengadakan satu sesi perkongsian mengenai Hak Pekerja secara maya. Sesi perkongsian ini bertujuan untuk memberi penerangan secara terperinci mengenai Akta dan Undang-Undang Pekerja agar penonton jelas mengenai urusan pekerjaan.

Panel jemputan, Puan Saripah Rodiah Ahmad merupakan seorang pegawai sumber manusia yang berpengalaman lebih dari 20 tahun dan telah berkhidmat dalam syarikat tempatan dan antarabangsa. Menurut Puan Saripah, Akta dan Undang-Undang Pekerja ini menitikberatkan kepada semua pihak dalam syarikat supaya pergerakkan sesebuah organisasi berjalan dengan lancar dan berhemah.

Pihak PASAK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap perkongsian ini memberi seribu satu informasi yang berguna kepada penonton agar mereka dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam alam pekerjaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*