MOVING-FORWARD ANTARA PUSAT ASPIRASI ANAK PERAK (PASAK) DAN NORTHERN CORRIDOR ECONOMIC REGION (NCER)

IPOH – 19 OKTOBER 2020, 11.00 PAGI
Dalam usaha menghadapi norma baharu gelombang COVID-19, pihak PASAK dan NCER telah menjalankan satu mesyuarat dalam talian.
Mesyuarat ini adalah rentetan daripada pertemuan yang telah diadakan sebelum ini antara kedua-dua pihak.
Mesyuarat secara atas talian ini telah dihadiri oleh enam orang wakil PASAK yang diketuai oleh Pengarah PASAK, Ustaz Misbahul Munir serta tiga orang wakil daripada pihak NCER iaitu Encik George Zachariah, Encik Michael Raja dan Encik Lee Suan Choon.
Pihak NCER telah diketuai oleh Encik George selaku Ketua Perancangan & Industri, Bahagian Pelaburan. Mesyuarat yang menggunakan medium Microsoft Teams ini berlangsung hampir dua jam.
Pihak PASAK telah memberi penerangan mengenai hala tuju PASAK serta program yang sedang dijalankan antaranya adalah Program Transformasi Tenaga Kerja (WORKPRO).
PASAK mengambil peluang ini untuk menerangkan permasalahan industri-industri di Perak. NCER yang sedang mempromosikan JomKerja@NCER dan JomNiaga@NCER merasakan kolaborasi bersama pihak PASAK akan memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak serta memberi manfaat kepada pihak syarikat dan para pencari kerja.
Perbincangan ini telah menjuruskan kepada pelan tindakan masa hadapan antara pihak PASAK dan NCER.
Diharapkan dengan adanya kolaborasi seperti ini akan membuka peluang-peluang baru kepada rakyat malaysia umumnya serta warga perak khususnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*