MOH NGOPI BERSAMA YB SAIDI SEMPENA PROGRAM MENTERI BESAR BERSAMA RAKYAT (MESRA)

Gerik, 20 Mac 2021
YB Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia) bersama Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)) telah turun padang seawal 7.30 pagi di Kedai Chop Air Suda, Gerik.
Moh Ngopi merupakan program untuk bertemu dengan penduduk bersama mahasiswa untuk mendengar masalah serta berkenalan dengan penduduk setempat.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan untuk membolehkan pemimpin bertemu dengan rakyat setempat dan mendengar luahan hati mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*