Mesyuarat Teknikal PASAK bersama Institut Darul Ridzuan (IDR)

Ipoh, 5 Mei 2021 (Hari Rabu)

Mesyuarat Teknikal PASAK bersama Institut Darul Ridzuan (IDR) telah diadakan di pejabat Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) hari ini. Antara fokus utama perbincangan adalah mengenalpasti isu dan solusi bagi masalah tenagakerja di Negeri Perak serta penyelarasan kemaskini DATA pencari kerja di Negeri Perak.

Ahli Mesyuarat juga membincangkan secara ringkas berkenaan penambahbaikan proses mendapatkan maklumbalas, borang kaji selidik dan sebagainya.Mesyuarat ini dihadiri oleh Dr. Maisarah Ahmad [Ketua Eksekutif IDR], Tuan Haji Muaz Haji Zawawi [Ketua Pegawai Operasi IDR], Tuan Haji Misbahul Munir bin Masduki [Pengarah PASAK], En Mohamad Fikri bin Mohd Junit [Pengurus Besar PASAK], En Rahman Hashim, En Shamsul Anuar, En Abdul Hakim dan Pn Suat Meay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*