MESYUARAT SECARA MAYA BERSAMA RCTVET DAN PET MENGENAI DIGITAL LEARNING

25 Mei 2021 | 11.00 Pagi

Perbincangan bersama pihak Ruang Cikgu Berhad hari ini adalah lanjutan kepada perbincangan pada 27 April 2021 yang lalu di mana RC TVET merupakan syarikat teknologi pendidikan yang berpengalaman dalam menyediakan kemahiran pengajaran dan pembelajaran berstruktur secara digital dan berhasrat untuk meluaskan jalinan kepada institusi-institusi kemahiran awam & swasta di Negeri Perak.

Wakil PASAK telah dihadiri oleh Encik Fikri (Pengurus Besar), Encik Zul Iskandar (Pengurus Projek), Puan Suat Meay (Penolong Pengurus), Unit TVET dan Unit Perhubungan Institusi Pendidikan dan Kemahiran (UPK).

Encik Azizul (Ketua Eksekutif Perak Eclat TVET) dan Encik Fadzli Nordin (Koordinator Projek) turut hadir bersama dalam pertemuan secara virtual hari ini.Pihak Ruang Cikgu Berhad pula dihadiri oleh Dato’ Latt Shariman (Special Advisor), Nurazhar Rohaizat (Chief Technology Officer), Jazlie Jabarudin (Chief Business Officer), Farhan Mokhali (Business Development Executive).

PASAK sebagai sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan masyarakat setempat untuk membangunkan program TVET di negeri Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*