Mesyuarat penyelarasan Sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak Bil 3/2020

IPOH – 13 Ogos 2020, 3.00 PETANG

Mesyuarat penyelarasan Sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak Bil 3/2020 bersama Perak Eclat TVET ( PET ) yang dipengerusikan oleh Tuan Mohd Misbahul Munir iaitu Pengarah PASAK dan dihadiri oleh barisan ahli Perak Eclat TVET ( PET ) iaitu Encik Faris Hassani, En Azizul Othman, Encik Kamarul , dan Encik Fadzli Nordin. Mesyuarat telah diadakan di Pejabat Pusat Aspirasi Anak Perak ( PASAK ).

Mesyuarat membincangkan berkenaan status pelaksanaan Program Tranformasi Pekerjaan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Negeri Perak fasa kedua bagi membantu pekerja-pekerja yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di negeri Perak. Beberapa kursus kemahiran telah dimulakan sejak bulan Jun 2020 sehingga kini.

Bagi pekerja-pekerja yang terkesan dan masih belum berdaftar dengan PASAK, boleh menghubungi pejabat PASAK untuk mengetahui lebih lanjut inisiatif dan kursus yang ditawarkan di talian 05-318 3290 / 05 3189022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*