MESYUARAT PENYELARASAN MINGGU TVET PERAK 2021 (MTP2021)

Mesyuarat Penyelarasan Minggu TVET Perak 2021 (MTP2021)

Ipoh, 20 Ogos 2021

Alhamdulillah telah selesai Mesyuarat Penyelarasan Minggu TVET Perak 2021 (MTP2021) yang telah berlangsung pada hari ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Sumber Manusia Negeri Perak.Minggu TVET Perak 2021 merupakan program Kerajaan Negeri Perak di bawah inisiatif Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Perak ECLAT TVET (PET) dan Ruang Cikgu Berhad. Program yang berlangsung selama seminggu iaitu pada 6-12 September 2021 ini turut melibatkan kerjasama daripada pelbagai jabatan kerajaan, agensi, persatuan dan pertubuhan, institusi pendidikan dan latihan serta pihak industri. MTP2021 ini bertujuan bagi memastikan Negeri Perak mengangkat budaya masyarakat berkemahiran dengan usaha bersepadu supaya dapat menghasilkan masa hadapan anak Perak yang lebih baik. Semoga dengan kerjasama daripada pelbagai pihak yang terlibat dapat menjayakan program ini dan merupakan program julung kalinya diadakan di Negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*