MESYUARAT PENYELARASAN MENGENAI KARNIVAL KERJAYA & TVET @ MANJUNG

Manjung – 24 September 2020, 3.00 petang
Satu Mesyuarat penyelarasan telah diadakan di Bilik Gerakan Aras 1 Pejabat Daerah & Tanah Manjung. Mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan Karnival Kerjaya & TVET @ Manjung yang akan berlangsung selama sehari pada 10 Oktober 2020 bertempat di Institut Kemahiran MARA (IKM Lumut), Manjung.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Manjung dan dihadiri oleh RELA, JKR, MKN, MPM, Jab Pertanian, IKM Lumut, Hospital Manjung, Pejabat Daerah & Tanah Manjung, Majlis Belia Daerah, Pejabat Belia & Sukan Manjung, GPMS Sitiawan, dan kontraktor yang dilantik Khass Event Management.
Melalui mesyuarat ini, satu persetujuan telah dicapai dan semua agensi / jabatan kerajaan dan bukan kerajaan telah memberikan maklum balas yang positif dan menyokong sepenuhnya untuk menjayakan karnival ini.
Semoga ikatan kerjasama ini dapat dikekalkan bukan sahaja untuk karnival kali ini, tetapi menjadi tulang belakang untuk terus membantu PASAK yang merupakan satu agensi kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh masyarakat Perak khususnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*