Mesyuarat Jawatankuasa Technical & Vocational Education & Training (TVET) Negeri Perak Bil 3/2020

KUALA LUMPUR – 01 DISEMBER 2020, 10.00 PAGI
Mesyuarat Jawatankuasa TVET Negeri Perak Bil 3/2020 ini telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu sebagai Pengerusi Jawatankuasa TVET Negeri Perak bersama dengan beberapa agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan agenda pembangunan TVET di negeri Perak.
Mesyuarat ini membincangkan penyelarasan bagi semua program dan aktiviti TVET di Negeri Perak Darul Ridzuan.
Untuk makluman, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Perak Eclat TVET (PET) adalah sekretariat dan entiti pelaksana utama yang telah dilantik oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak bagi melaksanakan dasar pembangunan dan hala tuju berkaitan TVET di negeri Perak.
Mesyuarat yang telah berlangsung hampir dua jam ini turut mempamerkan Pembentangan Laporan penuh Program Transformasi Pekerjaan oleh Encik Fikri sebagai wakil daripada PASAK merangkap sekretariat jawatankuasa TVET Negeri Perak.
Program Transformasi Pekerjaan (Work-Pro) ini adalah usaha untuk membantu mengatasi permasalahan masyarakat yang terkesan akibat dari pendemik COVID-19 menerusi pelaksanaan tiga (3) skim iaitu Skim Latihan Peralihan Tenaga Kerja (Reskilling), Skim Latihan Pengekalan Tenaga Kerja (Add on Skills) dan Skim Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling).
Di dalam mesyuarat juga Encik Azizul bin Othman selaku Ketua Eksekutif Perak Eclat TVET (PET) turut membuat pembentangan perancangan program TVET Negeri Perak bagi Tahun 2021.
Pelbagai pandangan dan idea penambahbaikkan daripada ahli mesyuarat berkenaan pelaksanaan Program Transformasi Pekerjaan tahun 2021.
Pandangan dan idea -idea yang diberi akan dijadikan sebagai penanda aras dalam pelaksanaan program-program TVET yang akan datang.
Antaranya ialah Program TVET untuk OKU, TVET Teknohafiz, TVET Pertanian, TVET untuk Orang Asli, TVET Al-Quran dan lain-lain.
Hal ini bertujuan untuk memperkasakan serta memberi peluang latihan atau kursus kemahiran TVET bagi rakyat Negeri Perak untuk meningkatkan taraf hidup serta mengurangkan kadar pengangguran terutama golongan yang telah terjejas akibat pendemik COVID-19 seperti yang diberhentikan kerja, pencari kerja dan mereka yang bakal diberhentikan kerja.
Turut terlibat dalam mesyuarat ini ialah YB Tuan Azmir Shah Bin Zainal Abidin, Y.B Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, YB Dato’ Zulazlan Bin Abu Hassan, YB Pegawai Kewangan Negeri, YBrs. Puan Halizah Binti Sipun, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Tuan Muhammad Nazri Bin Abdullah, Setiausaha Bahagian Dewan Negeri dan MMK, YB Tuan Haji Razman Bin Zakaria, Pengerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak ( PASAK ) dan YBhg Dato’ Haji Abu Bakar Bin Said, selaku Pengerusi Perak Eclat TVET (PET).
Akhir kata, diharapkan menerusi mesyuarat ini dapat meningkatkan kredibiliti modal insan serta dapat memperkasakan TVET di Negeri Perak secara menyeluruh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*