MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN GBS@IPOH, PERAK

Ipoh – 21 April 2021, 1.00 petang

Satu mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan GBS@Ipoh telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Invest Perak, PTTC Ipoh. Mesyuarat kali kedua ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan & Pembangunan Koridor Negeri Perak dan telah dihadiri oleh wakil dari agensi dan jabatan seperti MBI, Invest Perak, Digital Perak, MDEC, NCER dan PASAK.

Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi tujuan untuk memacu pelaksanaan GBS@Ipoh dari aspek perancangan, pembangunan, pengurusan dan pemantauan.

PASAK amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak kerana telah melantik PASAK sebagai salah satu “working committee” yang ditugaskan untuk menyediakan tenaga kerja untuk pelabur-pelabur baru yang akan bertapak di negeri Perak.

Inisiatif ini sangat baik bagi memberi pelbagai peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*