MESYUARAT BERSAMA TWI TECHNOLOGY (S.E.ASIA) SDN. BHD

09 April 2021

Pada hari ini, PASAK telah dikunjungi oleh pihak TWI Technology (S.E.Asia) Sdn. Bhd yang telah dihadiri Encik Mohd Ghazale Hashim,Encik Tengku Farhan Tengku Amin, dan Encik Mohd Marzuqi Bin Mohd Dalim. Pihak TWI berhasrat ingin membantu para belia di bawah tajaan kerajaan Negeri Perak bagi memenuhi keperluan industri tenaga kerja mahir untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Pihak TWI juga ingin mencadangkan pelaksanaan program khas latihan khusus untuk belia di Negeri Perak.

PASAK sebagai agensi milik penuh Kerajaan Negeri Perak di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, dan Sumber Manusia dan juga sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan masyarakat setempat untuk membangunkan program yang berkaitan di negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*