MESYUARAT BERSAMA SEKRETARIAT JAWATANKUASA TVET DAN PERSATUAN REKREASI PANGKOR

MANJUNG – 28 OGOS 2020, 2.00 PETANG

Mesyuarat Bersama Sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak dan Persatuan Rekreasi Pangkor telah membincangkan berkenaan kursus yang akan dilaksanakan di bawah Skim Latihan Peningkatan Kemahiran (SET). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Azizul, wakil dari Jawatankuasa TVET Negeri Perak, barisan wakil dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) sebagai sekretariat jawatankuasa TVET Negeri Perak, serta wakil dari Persatuan Rekreasi Pangkor.Hasil daripada mesyuarat ini, Persatuan Rekreasi Pangkor akan memulakan kursus di bawah Skim Latihan Peningkatan Kemahiran selama dua bulan yang akan bermula pada 12 OGOS 2020 ( Rabu ) . Keseluruhan peserta adalah terdiri daripada 148 orang peserta dan pecahan peserta terbahagi kepada dua kawasan iaitu dari Pulau Pangkor adalah seramai 104 orang dan Manjung pula seramai 44 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*