Mesyuarat bersama Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

BEHRANG – 13 Ogos 2020, 10.00 PAGI

Mesyuarat yang dihadiri oleh wakil dari PASAK, turut hadir Ketua unit CISEC PSAS, Pn Hayati bt Jamil, pegawai Psikologi dan pegawai CISEC. PSAS yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Tanjung Malim (PTM) adalah Politeknik ke 15 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PTM mula beroperasi di bangunan Sekolah Menengah Teknik, Slim River pada 1 Mac 2002. Pada 1 April 2003, PTM berpindah ke kampus sendiri berkeluasan 110 ekar di Behrang, Perak.

Tujuan mesyuarat adalah untuk memperkenalkan PASAK dan juga untuk menjemput pihak PSAS ke Program Bina Insan. Oleh itu, PSAS amatlah berbesar hati menerima kunjungan PASAK dan juga menggalakkan PASAK menggunakan fasiliti dan kemudahan PSAS yang sedia ada. Bukan itu sahaja, pihak PSAS mengharapkan pihak PASAK boleh membantu PSAS dalam program kerjaya dan reskill upskill bersama pelajar PSAS. PSAS juga mempunyai kursus jangka masa pendek yang boleh ditawarkan kepada orang awam.

Terima kasih kepada pihak PSAS yang sudi berkongsi buah fikiran dengan PASAK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*