MESYUARAT BERSAMA PIHAK YAYASAN HASANAH

18 Mac 2021 | 4.00 Petang
Pada hari ini, PASAK telah dikunjungi oleh pihak Yayasan Hasanah yang telah dihadiri Cik Khor Ye Shyen dan diiringi oleh Encik Mohd Nadzri bin Kamsin sebagai Ketua Kluster Analitik dari Institut Darul Ridzuan. Pertemuan hari ini bagi membincangkan program yang boleh memperkasakan komuniti bagi Negeri Perak.
Pihak Yayasan Hasanah telah membentangkan berkenaan program Perak Sustainability Blueprint yang berteraskan empowering community di Negeri Perak yang akan dijalankan oleh pihak Yayasan Hasanah.
PASAK sebagai agensi milik penuh Kerajaan Negeri Perak di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, dan Sumber Manusia dan juga sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan masyarakat setempat untuk membangunkan program yang berkaitan di negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*