MESYUARAT BERSAMA PIHAK WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA (NCER)

11 Mac 2021 | 2.00 Petang
Perbincangan bersama pihak NCER hari ini lebih menfokuskan kepada kerjasama antara NCER dan PASAK untuk program _Advance Technology Meister Program (ATMP)_ yang berteraskan TVET di negeri-negeri sekitar koridor utara yang akan dijalankan oleh pihak NCER.
Selain itu, latihan secara modular iaitu latihan proses pekerjaan secara praktikal mengikut keperluan dan acuan industri dan latihan intensif dalam pelaksanaan jangka pendek di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak turut dibincangkan.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Encik Amir, Puan Asmah, Puan Jariyah, dan Cik Baiti daripada NCER dan Encik Fikri mewakili bahagian pengurusan tertinggi PASAK serta Unit Kerjaya & Industri dan Unit TVET.
PASAK sebagai sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan masyarakat setempat untuk membangunkan program TVET di negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*