Mesyuarat Bersama Kolej Profesional MARA Seri Iskandar

SERI ISKANDAR – 26 OGOS 2020

Mesyuarat kali ini melibatkan Encik Nazri dan Puan Hazwani yang merupakan Kaunselor Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (KPM) dan wakil PASAK. Kolej ini terletak di Bandar Seri Iskandar. Objektif Kolej ini adalah meningkatkan keupayaan KPMSI sebagai pusat pengajian yang melahirkan graduan yang bertakwa, bertakwa, berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju melalui pembelajaran berterusan dan juga menyediakan sumber manusia yang berkualiti dan terlatih di peringkat separa profesional dalam bidang pengurusan perniagaan, keusahawanan dan teknologi maklumat.

KPM bersedia membantu PASAK dalam program Kursus Jangka Masa Pendek kerana KPM mempunyai pensyarah yang telah menjalankan latihan bersama MDEC. Bukan itu sahaja, KPM juga bersedia untuk menawarkan penggunaan fasiliti kepada PASAK untuk program-program yang akan dianjurkan kelak. KPM sangat berbesar hati menerima program Eksplorasi Kampus yang dianjurkan oleh pihak PASAK. Malah, KPM juga mencadangkan agar PASAK berhubung terus dengan pihak MARA Negeri Perak bagi Penyelarasan Jemputan dan Program Kerjsama Antara PASAK dan Institusi Pendidkan dan Latihan di bawah MARA (Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)).

Terima kasih kepada pihak KPM kerana memberikan buah fikiran dan sudi bekerjasama dengan pihak PASAK dalam menjayakan program-program PASAK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*