Mesyuarat bersama Kolej Komuniti Sg Siput (KK Sg Siput)

SG SIPUT – 12 OGOS 2020, 11.30 PAGI

Mesyuarat yang dihadiri oleh wakil dari PASAK, turut hadir Pengarah KK Sg Siput, Tuan Zulkifli dan Timbalan Pengarah, Puan Rosni bersama pegawai penerangan dan pegawai unit Pembelajaran Sepanjang Hayat. Pada Julai 2004, Kolej Komuniti Sungai Siput telah berpindah ke kampus tetap di Kampung Sungai Sejuk. KK Sg Siput mempunyai 4 kursus iaitu Automotif, Perlancongan, Elektrik dan Teknologi Maklumat.

KK Sg Siput sangat berbesar hati menerima kunjungan PASAK dan bersedia untuk membantu PASAK dalam menjalankan program kerjaya. Antaranya pemetaan kerjaya, jelajah kerjaya, pendidikan dan lain lain. Bukan itu sahaja, KK Sg Siput juga akan membantu PASAK dalam menyediakan latihan kursus jangka masa pendek.

Selain itu, KK Sg Siput juga mencadangkan PASAK dan KK Sg Siput mengadakan satu kolaborasi strategi bagi memudahkan kerjasama antara KK Sg Siput dan PASAK. PASAK mengucapkan terima kasih kepada pihak KK Sg Siput kerana memberikan kerjasama dan buah fikiran dalam mesyuarat kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*