Mesyuarat Bersama Kolej Komuniti Pasir Salak

CHANGKAT LADA, – 26 OGOS 2020, 10.00 PAGI

Mesyuarat kali ini melibatkan wakil dari PASAK dan Puan Norjunainah bt Juri, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Pemangku Pengarah Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS), Pegawai HEP dan juga Pegawai Kerjaya. Kolej ini mula beroperasi pada April 2003, di kampus sementara secara menumpang di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar di Seri Iskandar, Perak. Ketika itu, kolej ini bermula dengan kekuatan hanya tiga orang kakitangan yang diketuai oleh seorang pengetua dan dua orang pensyarah. Kini, KKPS telah pun berpindah ke premis tetap di Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak.

KKPS menawarkan beberapa kursus jangka masa pendek seperti Asas Teknologi Maklumat, Masakan dan Automotif. KKPS telah menyuarakan minat untuk menyertai Program Jelajah Kerjaya dan Pendidikan anjuran PASAK. Bukan itu sahaja, KKPS juga menjemput Skuad Ronda ‘Moh Kroje’ PASAK untuk hadir ke Jelajah KKPS yang akan dijalankan nanti. KKPS berminat untuk menerima kehadiran PASAK bagi program Eksplorasi Kampus dan juga ingin membantu bagi program Pemetaan Kerjaya (PETA).

KKPS juga bercadang untuk menjemput PASAK ke Program Bersama Pelajar Tahun Akhir untuk memberikan taklimat Latihan Industri. KKPS mempunyai kerjasama dengan MAIPK untuk membantu golongan Asnaf yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil di KKPS. Selain itu, KKPS juga menawarkan bantuan dari segi sukarelawan program kepada yang berminat kerana KKPS mempunyai pelajar yang menjalani kursus Sijil Pengendalian Acara.

Terima kasih kepada pihak KKPS kerana memberikan buah fikiran dan sudi bekerjasama dengan pihak PASAK dalam menjayakan program-program PASAK dan juga melibatkan pihak PASAK dalam program-program KKPS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*